aku mencari,

cari
cari
suatu yang hilang

aku tahu tak akan jumpa

aku tetap cari
anak degil ayah.

pp, 0159210513
berat rasa hati
tidur dalam tangis
lewat malam sunyi
gelap
hitam

selamat malam, awak

pp, 0254210513
Apa aku rasa?
Tak tahu.
Berat.
Berat perasaan.

Duduk diam.
Aku renung.
Aku fikir dalam.

Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?

Fikir.
Fikir.
Pusing.
Fikir.
Fikir.
Pusing.
Perasaan saja mungkin.

Pandang kotak rokok di tepi meja.
Sentuh.
Genggam.

Fuuuhhhh.

pp, 0123210513
aku tak minta lebih.
aku minta sedikit.
aku minta tolong.

kenapa kau halang?
kenapa?

berat sangat apa aku minta?

sedikit saja sayang.
sedikit.

lari.
lari.
lari.
jatuh.

biarkan aku.
jangan dibantu.
kau teruskan jalan sayang.

pp, 1251210513
aku seorang memahami kau
aku seorang tahu apa mahu kau
aku seorang yang selalu ada untuk kau

ada hari itu
kau bercerita tentang gadis
gadis yang kau perhati dari dulu
gadis yang kau cuba dekati
gadis itu
gadis comel berdiri di situ
tanpa kau tahu apa aku rasa
kau bercerita
cerita tentang mimpi-mimpi dan angan
cerita tentang betapa indahnya cinta kau
cerita betapa deritanya kau
kerna hanya kau cinta dia

pandang aku
pandang aku
pandang aku

aku yang selalu ada buat kau
aku yang selalu cuba untuk kau
bukan dia!
bukan gadis itu yang bahagiakan kau!
tapi sayang
seribu kali sayang

kau tak pernah nampak haidr aku
kau tak pernah lihat usaha aku
kau tak pernah sedar ada aku

sakit yang aku rasa bila tiap kali kau cerita sedih tentang gadis itu
sakit yang aku rasa bila tiap kali kau puja dia
sakit yang aku rasa bila tiap kali dia yang kau kejar
apa kau tak nampak hadir aku?


0152230413

rasa ini milik hati ku
cinta ini milik tuhan ku
rindu ini 
saat ini
rasa untuk mu
saat akhir ku lihat kau
matamu terpejam rapat
saat akhir aku sentuh kau,
jasad mu diam tak bergerak,
saat akhir aku cuba senyum untuk kau
dalam air mata mengalir sedu
yang aku cuba tahan
agar kau tak tersiksa

rindu yang aku rasa amat terseksa
ingin aku lari,
lari selaju mungkin ke tempat mu
entah dimana aku tak tahu
sehingga di satu malam
kau hadir di situ
terubat rindu
rindu pilu yang aku rasa

tapi sayang,
tak lama
aku terjaga,
hampa.
rasa hampa.

kadang mimpi itu seakan nyata.
terasa sentuhan kau saat jaga.


0119220413
aku pun perempuan
zahir sama seperti yang lain
rasa sama macam mereka
tapi kenapa ada benda yang aku masih tak faham
kenapa perempuan lain macam ni?
kenapa mereka macam tu?
kenapa aku tak macam mereka?
pelik aku atau pelik mereka?

aku masih perempuan. naluri. zahir dan batin.

0534300313