aku seorang memahami kau
aku seorang tahu apa mahu kau
aku seorang yang selalu ada untuk kau

ada hari itu
kau bercerita tentang gadis
gadis yang kau perhati dari dulu
gadis yang kau cuba dekati
gadis itu
gadis comel berdiri di situ
tanpa kau tahu apa aku rasa
kau bercerita
cerita tentang mimpi-mimpi dan angan
cerita tentang betapa indahnya cinta kau
cerita betapa deritanya kau
kerna hanya kau cinta dia

pandang aku
pandang aku
pandang aku

aku yang selalu ada buat kau
aku yang selalu cuba untuk kau
bukan dia!
bukan gadis itu yang bahagiakan kau!
tapi sayang
seribu kali sayang

kau tak pernah nampak haidr aku
kau tak pernah lihat usaha aku
kau tak pernah sedar ada aku

sakit yang aku rasa bila tiap kali kau cerita sedih tentang gadis itu
sakit yang aku rasa bila tiap kali kau puja dia
sakit yang aku rasa bila tiap kali dia yang kau kejar
apa kau tak nampak hadir aku?


0152230413